Home Berita PAS Selangor

Bahaya stress ketika PKP ! – Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Langat

9
SHARE

May be an image of 2 people and text

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

1) Bahaya tekanan jiwa, mental adalah pembunuh secara senyap tanpa kita sedari. Saban hari kes cubaan bunuh diri meningkat, talian khidmat kaunseling sentiasa laju menderu. Adakah semata-mata kerana tiada pendapatan sebagai punca utama depresi dan stres ini?

2) Hari ini kita dapat lihat ada yang hilang kewarasan sehingga berubah watak, menjadi watak yang lain kerana masalah mental, tidakkah ini sangat membimbangkan lebih-lebih lagi anak-anak yang menghabiskan masa dengan gajet?

3) Siapakah sebagai pengawal emosi kita, adakah suasana, atau masalah PKP, atau kewujudan media-media sosial yang menayangkan segala kemewahan hingga terlupa aras kita yang sebenar?

4) Saksikan LIVE di Facebook Dewan Pemuda PAS Kuala Langat bersama Aiman Psikologi dalam membantu mengurangkan masalah mental dan dorongan ilmu untuk mengurus tekanan dan emosi.

Tentatif program ;

Tarikh       : 1 Julai 2021
Hari          : Khamis
Medium    : Live di FB pages Dewan Pemuda PAS Kuala Langat
Moderator : Muhammad Danial Akmal Hamdan, AJK Penerangan
                  DPPKL
Panel        : Muhammad Aiman Amri (Aiman Psikologi), Mental
                  Health Advocate
Anjuran     : Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Langat

Semoga perbincangan ini akan mendatangkan kesan positif kepada rakyat jelata dan memberikan segala tips berkenaan pengurusan stress ketika PKP ini. Saksikan selanjutnya pada FB live Dewan Pemuda PAS Kuala Langat.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor