Home Berita PAS Selangor

Derma darah, bakul prihatin dan cakna PKP – Jabatan Amal Malaysia Kawasan Bangi

11
SHARE

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Bangi | Jabatan Amal Malaysia Kawasan Bangi telah memanfaatkan setiap detik dengan pelbagai aktiviti. Demi memastikan kebajikan penduduk setempat terbela, anggota Jabatan Amal Bangi tetap berkhidmat dengan pematuhan SOP yang ketat dengan anggota yang terhad.

Di Sg Sekamat, anggota Jabatan Amal Bangi telah menyediakan bungkusan barangan keperluan harian dan seterusnya menyampaikan kepada penduduk-penduduk setempat yang terjejas disebabkan PKP. Menurut Penyelaras Jabatan Amal (Dun Kajang) iaitu Tuan Aqil, “aktiviti ini bukan kali pertama dilaksanakan memandangkan kawasan tersebut mempunyai ramai golongan kurang berkemampuan”.

Jabatan Amal Bangi juga telah menerima permintaan untuk mengambil pek Bakul Prihatin iaitu pek berisi barangan keperluan harian. Pek tersebut adalah daripada Wanita Perikatan Nasional dan dibawa ke kawasan Bangi untuk diagihkan kepada penerima-penerima melalui Dewan Muslimat PAS Kawasan Bangi.

Jabatan Amal Bang menerima maklumat berkaitan seorang penduduk yang baru kehilangan pekerjaan akibat PKP. Alhamdulillah, hasil infaq orang ramai, mereka dapat sampaikan sedikit sumbangan kepada beliau. Walaupun tidak banyak diharapkan sumbangan tersebut dapat membantu.

Seperti kita maklum, bekalan darah di Pusat Darah Negara semakin berkurangan. Tambahan pula dengan wabak Covid-19 yang sedang melanda, bekalan darah sangat diperlukan. Beberapa anggota Jabatan Amal Bangi telah menderma darah di Puspanita, Presint 10, Putrajaya. Bagi yang berhajat untuk menderma darah boleh lokasi tersebut atau sertai group telegram ‘Suite Derma Darah Puspanita, Pusat Darah Negara ’(https://t.me/SUITEDERMADARAHPUSPANITAPDN) untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini.

Bagi yang ingin menyalurkan sumbangan untuk meneruskan gerak kerja kebajikan :-

Bank        : Bank Muamalat.
No akaun : 1210 0000 0207 18
Akaun      : Jabatan Amal Malaysia Kawasan Bangi

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor