Home Artikel PAS Negeri Sembilan

PAS Hantar Calon Teramai di Parlimen Seremban

3037
SHARE

PAS HANTAR CALON TERAMAI DI PARLIMEN SEREMBAN.

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) telah mengumumkan pada Khamis lalu senarai calon PRU14 yang akan dipertanding di Negeri Sembilan.

Pengumuman tersebut telah disempurnakan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Ustaz Haji Mustaffa Daharun, bertempat di Kompleks Latihan Islam Negeri Sembilan.

PAS mengekalkan tradisi bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lenggeng dengan meletakkan Pengarah PAS DUN Lenggeng, Saudara Mohammad Ghazali Abu Bakar sebagai calon.

PAS juga buat pertama kalinya bertanding di Parlimen Seremban, yang mana merupakan sebuah kawasan Parlimen yang berpenduduk yang pelbagai dengan komposisi kaum Melayu sebanyak 41.2%, Cina 39.4%, India 12.5% dan selebihnya lain-lain kaum, dan bertanding di DUN Nilai dengan menghantar calon Muslim bagi mewakili rakyat Seremban dan Nilai.

Dalam pilihan raya akan datang juga, PAS buat julung kalinya akan menghantar calon Non-Muslim di Negeri Sembilan, iaitu di DUN Temiang.

Baki dua DUN iaitu di Sikamat dan Ampangan, PAS akan menghantar semula calon di DUN berkenaan selepas beberapa siri PRU lepas, DUN tersebut ditandingi oleh parti rakan tahaluf.

Kali ini, PAS meletakkan Pesuruhjaya Negeri sebagai calon bagi DUN Ampangan.

Berikut merupakan senarai calon PAS Parlimen dan DUN Seremban.

P128 Seremban : Tuan Haji Shariffuddin Ahmad
N.09 Lenggeng : Saudara Mohammad Ghazali Abu Bakar
N.10 Nilai : Saudara Mohd Abu Zarim Abdul Rahman.
N.12 Temiang : Yau Con Seng.
N.13 Sikamat : Tuan Haji Rahim Yusof
N.14 Ampangan : Ustaz Haji Mustaffa Daharun

#NegeriSembilanSejahtera #SerembanSejahtera