Home Artikel PAS Perak

PAS Gopeng Santuni Polis

282 views
SHARE

PAS SANTUNI POLIS
GOPENG, Isnin – 25 Mac 2019
Bersempena dengan Hari Polis yang ke-212, PAS kawasan Gopeng telah mengambil inisiatif mengunjungi 3 buah balai Polis dlm kawasan Gopeng.

YDP Pas Kawasan Gopeng, Ustaz Abu Bakar Hussein dan Timbalannya Haji Azlan bin Jamaluddin telah ke Balai Polis Kampung Sungai Rapat pada pukul 9.30 pagi dan disambut oleh Penolong Ketua Balai Polis Tuan Zulkifli.

Selain untuk merapatkan hubungan PAS dengan pihak polis, program ini juga bertujuan untuk merealisasikan slogan polis iaitu ‘Polis dan masyarakat berpisah tiada’.

Sementara itu, di Balai Polis Simpang Pulai, Ketua Muslimat Pas Kawasan Gopeng, Ustazah Rotipah bersama-sama Naib Ketua, Farahzila Foo dan 5 yang lain telah menjayakan program yang sama.

Di Balai Polis Gopeng, Ketua DPPK Gopeng Ustaz Harith telah disambut mesra oleh wakil Ketua Polis Balai  Gopeng.

Ucapan selamat Hari Polis menyerlahkan hasrat PAS kepada semua.