Home Artikel PAS Pulau Pinang

AMANAT PRESIDEN PEMANGKIN SEMANGAT PAS BUKIT MERTAJAM

221 views
SHARE

Oleh : Azmi Jamri

BUKIT MERTAJAM, 24 Mac : Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PAS Kawasan Bukit Mertajam kali ke-35 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan PASTI Tasek Junjong, semalam.

Ketua Pembangkang DUN Negeri Kedah, YB Mohammad Sanusi Mohd Noor telah menyempurnakan majlis perasmian MAT tersebut.

Beliau mengingatkan para perwakilan dan pemerhati tentang amanat Presiden PAS agar menjadi pemangkin semangat buat para pejuang Islam.

“Ahli PAS perlu meningkatkan keyakinan dan kebergantungan kepada Allah di samping meningkatkan ilmu, kefahaman dan tarbiah bagi memelihara jati diri sebagai jemaah Islam.

“Kita juga perlu merapatkan ukhuwwah dan saf perjuangan serta menjaga wala’ dan adab ikhtilaf dalam jemaah”, kata beliau yang juga ADUN Jeneri.

Selain itu, beliau menyarankan agar memelihara hubungan baik masyarakat, anak muda, wanita, tokoh berpengaruh, NGO dan kumpulan Islam. Ini dilakukan demi menunjukkan keindahan Islam.

“Elakkanlah pertembungan dan krisis dalam masyarakat, kita harus meyakini bahawa masa depan kita adalah untuk Islam”, ujarnya.

PAS Bukit Merajam dalam usaha menghargai jasa veteran PAS telah memberi anugerah Tokoh Veteran Istiqamah kepada Samsudin Musa dan Maznah Ishak.

Penghargaan turut diberikan kepada cawangan yang mendaftar ahli paling ramai dan cawangan yang paling banyak melanggan harakah iaitu masing-masing diberikan kepada cawangan Tokkun dan cawangan Tasek Junjong.