Oleh Haziq Dun
PADANG BESAR: Jentera Pilihan Raya PAS DUN Santan adalah antara jentera di peringkat DUN dalam negeri Perlis yang paling aktif dan mempunyai gerak kerja pilihan raya yang tersusun.
Sehingga kini, pelbagai program telah dilaksanakan di peringkat DUN, merangkumi program kebajikan, kemasyarakatan, aktiviti kepemudaan dan sebagainya.
Terbaru, pada 24 Mac 2018, program ziarah kebajikan telah dilaksanakan dengan kerjasama Kelab Motosikal ARC, melibatkan sejumlah 5 buah rumah di Kampung Paya, Santan.
Sumbangan telah disampaikan oleh Hj. Baharuddin Ahmad, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Perlis.
Pemuda PAS DUN Santan pula telah berkampung di Bukit Kedak, Beseri, pada 25 Mac 2018, bagi melaksanakan operasi menebang buluh sebagai persediaan bagi kerja-kerja pemasangan bendera.
Ketua Pemuda PAS DUN Santan, Saudara Mustaqim Abdullah menyifatkan gerak kerja aktif seluruh jentera pilihan raya dalam DUN Santan membuktikan kesediaan mereka menghadapi pilihan raya umum yang akan berlangsung tidak lama lagi.