Home Berita PAS Perak

PAS DUN Manjoi dan Persatuan Penduduk hulur sumbangan makanan asasi

182
SHARE

Oleh: Haikal Mohd Noh

TAMBUN, Pusat Khidmat PAS Dun Manjoi dengan kerjasama Persatuan Penduduk Halaman Meru Damai menghulurkan sumbangan barang asas makanan harian kepada 26 buah keluarga yang terkesan pendapatan akibat daripada pandemik Corona Virus Disease 2019 (Covid-19) semalam.

Penyelia pusat khidmat berkenaan, Ustaz Mohd Hafez Sabri yang mengetuai penyampaian sumbangan itu berkata, sumbangan tersebut adalah bagi membantu meringankan kesusahan rakyat yang kurang berkemampuan.

“Alhamdulillah, lebih kurang 26 buah keluarga hari ini menerima sumbangan pek bahan makanan asasi dan kekuatan kepada sumbangan ini adalah hasil dari sumbangan pelbagai pihak yang yakin terhadap kita dan kerja-kerja PAS.

“Ketika ini, apa yang terbaik yang boleh diusahakan adalah memastikan rakyat tidak terputus bekalan makanan dan kebajikan mereka semua terjaga demi menjamin kelangsungan hidup bersama seisi keluarga,” ujarnya.

Menurutnya lagi, inisiatif penyampaian sumbangan ini dilakukan dengan sangat teliti dan menepati kehendak para penyumbang.

“Kita sampaikan sumbangan dari orang ramai untuk mereka yang memerlukan, malah bukan pek makanan sahaja, kemudahan-kemudahan seperti hal penjagaan kesihatan seperti susu buat warga emas juga kita akan usahakan,” katanya.