Home Berita PAS Selangor

MITI perlu bertindak segera ! – Ketua Pemuda PAS Kawasan Sungai Besar

13
SHARE

May be an image of text that says "PEMUDA SUNGAL BESAR PAS MITI PERLU BERTINDAK SEGERA! DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN SUNGAI BESAR"

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Ustaz Mohd Ahsani Takwim Bin Jasman
Ketua Pemuda PAS Kawasan Sungai Besar

1. Dewan Pemuda PAS Kawasan Sungai Besar menyokong penuh saranan dan cadangan dari Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Malaysia yang dikeluarkan agar penutupan serta merta sektor kilang yang dikenalpasti selama 2 minggu yang telah mengakibatkan Kluster Tempat Kerja.

2. MITI perlu bertindak segera dengan mengeluarkan garis panduan dan amaran yang tegas kepada sektor perkilangan yang gagal mematuhi SOP. Hanya sektor perkilangan yang dalam kategori “essential” sahaja yang dibenarkan untuk terus beroperasi.

3. Dewan Pemuda PAS Kawasan Sungai Besar mengharapkan agar kerajaan dapat mengambil serius kebimbangan rakyat terhadap sektor perkilangan ini demi memastikan Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 15 Jun 2021 baru-baru ini dapat direalisasikan.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor