Home Artikel PAS Melaka

PAS Cawangan Gangsa urus 5 ekor lembu korban

438
SHARE

 

Oleh : Ahmad Kautsar Md.Ali

ALOR GAJAH, 31 Julai: PAS Cawangan Gangsa urus sembelihan lima ekor lembu korban yang dijalankan di Sri Tualang, Kampung Gangsa, di sini pagi tadi.

Penyembelihan korban ini disempurnakan oleh Timbalan Pengarah SMITI Malaysia, Cikgu Kadir Dewa sementara kerja melapah dilakukan secara gotong-royong oleh ahli-ahli cawangan ini dan penduduk sekitar Sri Tualang.

Menurut Ketua PAS Cawangan Gangsa, Ustaz Ridzuan Abd Ghani semua perlaksanaan mengikut Standards Operating Procuders (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

“Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang membantu khasnya ahli PAS Cawangan Gangsa kerana menjayakan dengan baik mengikut masa yang ditetapkan.” ujar beliau.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)