Home Artikel PAS Negeri Sembilan

PAS bersedia ganti Umno di Rembau

2714
SHARE

PAS BERSEDIA GANTI UMNO DI REMBAU

Oleh: Rusliah Md Som

SEREMBAN, 20 April: PAS Kawasan Rembau bersedia ganti Umno dengan menampilkan empat pencalonan mantap yang bakal bertanding dalam PRU ke-14 apabila pengumuman secara rasmi dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan dalam majlis pengisytiharan calon di sini, semalam.

Program pengumuman telah dimulakan dengan Munajat Kemenangan yang diadakan di Kompleks Latihan Islam, Kampung Ismail, Ampangan semalam bertujuan memohon agar calon-calon yang terpilih bertanding untuk PRU ke 14 mendapat pertolongan Allah serta dimudahkan dalam segala gerak kerja untuk meraih kemenangan.

PAS Kawasan Rembau meletakkan 4 orang calon yang kesemuanya merupakan muka baru untuk bertanding di Parlimen Rembau-P131 termasuk tiga Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu DUN Paroi-N25, DUN Chembong-N26 dan DUN Kota-N28.

Buat julung-julung kali Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau, Masita Mohamed Ali dipilih menjadi calon muslimat di DUN Paroi. Pencalonan ini dilihat amat releven sekali apabila dikaitkan dengan jumlah terkini pengundi wanita di Negeri Sembilan iaitu, sebanyak 52 peratus berbanding dengan pengundi lelaki.

Sinonim dengan gelaran parti “Pak Lebai” oleh pihak lawan, PAS turut mengemukakan calon dua orang ustaz, N-26 DUN Chembong yang merupakan salah seorang AJK Dewan Ulamak PAS Negeri Sembilan, Ustaz Rosmin Adam yang merupakan lulusan Syariah, Universiti Al Azhar.

Selain itu, PAS menampilkan Ustaz Mustafa Dolah, lulusan dari Universiti Kebangsaan Malaysia yang juga merupakan mantan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Pedas (kini SMKA Dato Haji Abu Hassan Haji Sail) mewakili Parlimen Rembau P-131.

Aktivis PAS yang juga salah seorang AJK PAS Kawasan Rembau, Ishak Omar yang gigih mengadakan kerja-kerja kebajikan telah diumumkan sebagai Calon DUN Kota N-28. Beliau yang pernah bekerja dengan Angkatan Tentera Malaysia mempunyai semangat juang yang tinggi.

Sehubungan dengan itu, Pengarah Jentera Pilihanraya PAS Kawasan Rembau, Rozmal Malakan yakin dengan pelbagai latar belakang calon merupakan satu gabungan yang mantap bakal calon yang bertanding, pasti mampu menerajui kerajaan di Negeri Sembilan andai diberi mandat memenangi PRU ke 14 nanti.