Home Berita PAS Negeri Sembilan

PAS Calonkan Bekas Pegawai ATM di Parlimen Tampin

2819
SHARE

PAS CALONKAN BEKAS PEGAWAI ATM DI PARLIMEN TAMPIN.

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) telah mengumumkan senarai calon bagi menghadapi Pilihanraya Umum akan datang di Negeri Sembilan.

Pengumuman tersebut telah disempurnakan oleh Ustaz Haji Mustaffa Daharun, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan di Kompleks Latihan Islam Negeri Sembilan.

PAS mencalonkan seorang bekas pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berpangkat Mejar Bersara, anak jati FELDA Pasir Besar Tampin bagi mewakili rakyat Tampin di Dewan Rakyat.

Calon tersebut ialah Mejar Bersara Abdul Halim bin Abu Bakar, yang biasa juga dipanggil Ustaz Halim.

Beliau pernah manjadi Pegawai Agama Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) dari tahun 1991 hingga 2017. Sebelum daripada itu, beliau berkhidmat sebagai guru agama di sebuah sekolah kebangsaan.

Untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), PAS mengumumkan akan bertanding di dua DUN iaitu Gemencheh dan Repah.

Di DUN Repah, PAS meletakkan Timbalan Pesuruhjaya III PAS Negeri Sembilan, Tuan Haji Abdul Razakek Abdul Rahim sebagai calon ADUN di sana.

Tuan Haji Abdul Razakek sebelum ini pernah bertanding dalam siri-siri PRU yang lepas di Parlimen Tampin. Beliau merupakan individu yang tidak asing lagi di bandar Tampin sehingga dipilih menjadi pengerusi surau dan pengerusi persatuan kebajikan penduduk Islam di sebuah kawasan perumahan.

DUN Gemencheh pula merupakan kerusi tradisi yang ditandingi PAS. Bagi sesi ini, PAS mencalonkan Tuan Haji Ishak Maasin yang merupakan Ketua Penerangan PAS Kawasan Tampin. Haji Ishak juga bekas anggota Rejimen Semboyan Diraja Askar Wataniah.

Ayuh berikan PAS peluang untuk menjadi wakil anda di Parlimen Tampin, DUN Gemencheh dan DUN Repah kerana semua ini merupakan individu yang berprinsip, berintegriti dan amat merasai kehidupan sebagai seorang rakyat.

#TeamMajor
#NegeriSembilanSejahtera