Home Berita PAS Perak

PAS Bukit Gantang santuni masyarakat Cina

31
SHARE

Oleh : Ez

13 Februari 2024

BUKIT GANTANG: Sinonim dengan sambutan Tahun Baru Cina , PAS Bukit Gantang meneruskan tradisi mengedarkan hamper dan kad ucapan kepada masyarakat cina di sini baru-baru ini.

Ketua Lajnah Perpaduan Nasional ,PAS Bukit Gantang , Muhammad Fadhil Idris berkata pemberian ini membawa maksud bahawa PAS sentiasa dekat dan turut prihatin dengan semua kaum termasuklah golongan bukan Islam.

“Alhamdulillah kami dapat melaksanakan edaran kepada masyarakat Cina sempena perayaan Tahun baru Cina yang disambut setiap tahun.

“Program ini juga bukan sekadar untuk meraikan mereka tetapi juga dapat mengeratkan lagi hubungan antara pelbagai kaum bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni,” katanya.

” Lokasi penyampaian hamper dan kad ini dilakukan di pusat tumpuan masyarakat Cina seperti kedai –kedai di Taman Berkat , Simpang dan beberapa sekolah jenis kebangsaan cina di Trong.

“ Kami mengambil masa selama beberapa hari, pagi dan petang untuk menemui masyarakat Cina di beberapa komuniti orang Cina di sini” katanya.

Turut sama menjayakan program ini ADUN Trong ,Ustaz Muhammad Faisal Abdul Rahman dan Ketua Pemuda PAS Bukit Gantang, Zu Hazmin Badri,pimpinan pemuda dan muslimat.