Home Berita PAS Perak

Pelajar SRITI Al Helmi dihargai

27
SHARE

Oleh : Ez

8 Februari 2024
BUKIT GANTANG : Majlis Graduasi dan Anugerah Kecemerlangan SRITI Al Hemi telah diadakan di Pusat Tarbiah Bukit Cempedak di sini, pada 8 Februari yang lalu.

Majlis ini dilaksanakan bertujuan untuk meraikan murid-murid yang akan menamatkan persekolahan di tahun 6 selain daripada meraikan para pelajar yang cemerlang.

Majlis dirasmikan Yang DiPertua PAS Bukit Gantang, Haji Rahim Ismail yang dalam ucapannya menekankan mengenai keseimbangan pendidikan dunia dan akhirat.

Jelas beliau, hal tersebut jelas terdapat dalam sillibus SRITI dan PASTI di mana institusi tersebut juga sedang giat berusaha untuk membina bangunan kekal SRITI Al-Helmi Bukit Gantang di Changkat Jering.

Tambah beliau, menuntut ilmu dan pendidikan yang diperintahkan oleh Allah SWT itu bertujuan untuk melahirkan satu generasi golongan yang beriman yang menjadi khalifah Allah SWT di muka bumi.

“Dan saya mengucapkan tahniah dan syabas pihak pentakbir SRITI Al Helmi yang dinobatkan Anugerah Sekolah Terbaik SRAI 2023 Peringkat Daerah Taiping baru –baru ini..Alhamdulillah.

Pelajar –pelajar SRITI diraikan dengan pelbagai anugerah antaranya Anugerah Tokoh Murid Misali,Anugerah Tokoh Akademik,Anugerah Tokoh Kokurikulum selain beberapa anugerah lain berdasarkan pencapaian akademik mereka.

Lebih meriah lagi ,majlis diserikan dengan persembahan nasyid dan kalam jamaie oleh pelajar pelajar SRITI.

Majlis turut dihadiri Pengerusi ALP SRITI Al Helmi,Ustaz Ahmad Fahmi Subri,Guru Besar SRITI Al Helmi,Nor Hazwani Abdul Hamid , pimpinan PAS tempatan, para mualim dan ibu bapa.