Home Berita PAS Pusat

PAS Bukan Lagi Parti Pembangkang, Tetapi “Government In Waiting”

625
SHARE

Dengan berteraskan gagasan Budaya Politik Matang dan Sejahtera yang telah diperkenalkan PAS untuk mendepani cabaran politik semasa. Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat mengambil inisiatif untuk memperkenalkan PAS sebagai sebuah “Kerajaan Menunggu” yang akan menjadikan Kebajikan sebagai teras utama dalam pemerintahan Negara.

Seiring dengan penegasan  Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang menyatakan bahawa setiap kerajaan mempunyai falsafah pentadbiran dan pemerintahannya masing-masing. Ia menjadi asas kepada semua keputusan dan tindakan yang diambil.

Kerajaan Malaysia sekarang ini menggunakan falsafah Negara Pembangunan (Development State) yang meletakkan pembangunan untuk kecemerlangan fizikal sebagai keutamaan.

PAS menawarkan sebuah pemerintahan menggunakan falsafah ‘Negara Berkebajikan’ yang mengutamakan pembangunan untuk kebajikan rakyat awam.

Dengan tema Menterjemah Budaya Politik Matang dan Sejahtera dalam Negara Berkebajikan, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan akan menganjurkan Konvensyen Kebajikan yang akan diadakan pada 12 Februari 2017 di Auditorium MPAJ Ampang Jaya bermula jam 8.30 pagi sehingga 5.00 petang.

Konvensyen yang melibatkan seluruh tenaga penggerak kebajikan seluruh Negara termasuk wakil-wakil dariapada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) mensasarkan beberapa objektif iaitu;

1. Menjuarai dan menggerakkan agenda kemasyarakatan di setiap peringkat

2. Mengenal pasti peluang yang ada sama ada dari dalam mahupun di luar parti

3. Membentuk peribadi petugas yang siap untuk berkhidmat menggerakkan parti melalui kebajikan dan kemasyarakatan

Selain itu, di akhir konvensyen ini, 2 buah buku iaitu Manual Kebajikan dan Buku Doa Gerak Kerja Kebajikan terbitan Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat akan diedarkan kepada peserta yang hadir dan kepada sesiapa sahaja yang ingin memilikinya. Buku ini merupakan usaha lajnah untuk memusatkan gerak kerja kebajikan agar lebih terarah dan teratur berdasarkan firman Allah yang bermaksud;

“………dan bertolong-bantulah kamu dalam perkara kebajikan dan ketaqwaan, dan janganlah kamu bertolong-bantu dalam perkara dosa (maksiat) dan pencerobohan………” [ Al Maidah : 2]

 

Dr. Rosni Adam
Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat
27 Januari 2017 bersamaan 28 Rabi’ul Akhir 1438H

{jathumbnail off}