Home Artikel PAS Sabah

PAS Batu Sapi Konsisten mengangkat gagasan “Islam Memimpin”

347
SHARE

Oleh : Abdul Rahim Junior
10 Ogos 2020

BATU SAPI : Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PAS Batu Sapi kali ke-11 yang diadakan di Pejabat Perhubungan Awam dan Kebajikan mereka telah dihadiri oleh ahli jawatankuasa serta ahli – ahli aktif di sini kelmarin.

MAT itu sekali lagi dengan konsisten mengangkat gagasan “Islam Memimpin” yang menjadi tema pada tahun sebelumnya setelah mengambil kira peri pentingnya peranan kepimpinan Islam itu sendiri dalam sebuah pemerintahan secara keseluruhannya.

Menerusi petikan daripada ucapan dasar Yang di-Pertua PAS Batu Sapi, Ahmad Naufal menegaskan bahawa kepimpinan merupakan aspek yang amat penting dalam sendi-sendi Islam yang perlu dilihat secara holistik atau menyeluruh.

“Konsep kepimpinan Islam perlu dipupuk daripada peringkat keluarga lagi seterusnya menunjang hingga ke peringkat negara dan dunia”, Jelasnya lagi.

Beliau juga menekankan bahawa Islam sangat menekankan kepimpinan yang kuat dan berkualiti seperti kemampuan yang tinggi dalam aspek pemikiran, tindakan dan perancangan sekaligus memiliki tahap sahsiah yang unggul sehingga menjadi ikutan contoh teladan yang baik.

MAT kali ini juga dihadiri oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Sabah, Norsah Bongsu merangkap Naib Yang di-Pertua PKBS, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu Sapi, Masru Mustaqeem, Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Batu Sapi, Norlia Omar serta barisan kepimpinan PKBS.