Home Artikel PAS Perlis

Kuliah Dhuha Jumaat Online DUPNPs Tampilkan Ilmuwan Terkemuka

326
SHARE

Oleh: Nur ‘Iffah

KANGAR: Menyedari akan keadaan negara yang masih belum bebas sepenuhnya daripada pandemik Covid-19, inisiatif baharu telah diambil oleh Dewan Ulamak PAS Negeri Perlis dalam memastikan pembudayaan ilmu terus berlangsung.

Terbaru, DUPNPs telah memperkenalkan program kuliah secara maya menerusi program Kuliah Dhuha Jumaat Online.

Program yang berlangsung pada jam 9.30 pagi itu menampilkan barisan ilmuwan agama terkenal negeri ini seperti Mursyidul Am PAS Dato’ Tuan Guru Hj. Hashim Jasin dan Ahli Majlis Syura Ulamak PAS Ustaz Ahmad Ali, masing-masing akan mengisi slot pada minggu pertama dan kedua.

Turut tersenarai mengisi slot program yang sama ialah Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Perlis Ustaz Idris Yaacob (minggu ketiga) dan Ketua Pemuda PAS Negeri Perlis Ustaz Muhammad Azmir Azizan.

Kuliah secara atas talian ini boleh ditonton secara langsung melalui halaman facebook Dewan Ulamak Pas Negeri Perlis.