Home Berita PAS Sabah

PAS Batu Sapi komited bantu golongan asnaf

70
SHARE

26 Mac 2022
Oleh Asiah Muhammad

Batu Sapi : PAS Kawasan Batu Sapi telah menyerahkan sumbangan bakul makanan kepada 8 buah keluarga di Batu Sapi kemarin.

Sumbangan telah disampaikan oleh Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Batu Sapi, Mohd Sofian Yunus.

Beliau berkata, “Pemberian sumbangan bakul makanan ini menunjukkan PAS sentiasa komited bantu golongan asnaf di sekitar kawasan Batu Sapi ini”.

“Di Batu Sapi ini, ramai golongan asnaf yang memerlukan bantuan dan PAS kawasan sangat mengalu-alukan sumbangan daripada orang ramai untuk sama-sama membantu,” tambah beliau lagi.

Turut hadir dalam program penyerahan bantuan ini ialah AJK Lajnah Kebajikan dan Kemasyaratan PAS Kawasan Batu Sapi, Lisa Suriani dan beberapa AJK cawangan.