Home Artikel Dewan Pemuda PAS Malaysia

Baitul Maqdis milik umat Islam – Ketua Pemuda PAS

630 views
SHARE

BAITUL MAQDIS MILIK MUTLAK UMAT ISLAM – KETUA PEMUDA PAS Oleh: Muhtar Suhaili As-Sarawaki Ketua Pemuda PAS, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi menekankan bahawa isu Palestin merupakan isu bersama umat Islam dan seluruh manusia yang cintakan keamanan dan keadilan. “No to the two-state solution! PAS tidak mengiktiraf Israel serta menyokong gerakan penentangan terhadap kezaliman Zionis Israel!”, tegas Ustaz Muhammad Khalil semasa menyampaikan ucapan mewakili Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Himpunan Solidariti Selamatkan Baitul Maqdis di Masjid Putra, Putrajaya hari ini. PAS konsisten selamanya tidak mengiktiraf kewujudan negara haram Israel, apa yang ada hari ini hanyalah Palestin yang diduduki. Justeru Baitul Maqdis selamanya adalah hak mutlak Palestin dan milik umat Islam seluruhnya. Dunia sama sekali tidak menerima Baitul Maqdis dijadikan ibu kota negara haram Israel. “Isu ini isu sejagat, dan kita menolak tindakan unilateral AS kerana lumrah manusia bencikan kezaliman. PAS akan terus bersama dalam perjuangan menegakkan keadilan dan membela masyarakat yang dizalimi. Bukan sahaja rakyat Palestin bahkan kalau rakyat Amerika kena zalim sekalipun kita akan bela”, demikian penegasan beliau kepada media selepas himpunan tersebut. Semalam telah berlangsung Sidang Tergempar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) khusus berkenaan Status Kota Jerusalem atau juga dikenali sebagai Baitul Maqdis. Ia diadakan setelah Draf Resolusi Status Kota Jerusalem telah diveto oleh Amerika Syarikat di peringkat Majlis Keselamatan PBB pada Isnin lepas. Perhimpunan Agung PBB mencatat undian 128 negara menyokong usul menolak keputusan Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel. Sebanyak 35 negara lain berkecuali dalam undian berkenaan, manakala sembilan lagi menentang usul tersebut. Hal ini bermakna, majoriti negara dalam dunia menolak keangkuhan Presiden AS Donald Trump yang mengisytiharkan Kota Jerusalem sebagai Ibu Negara Israel. Tindakan Trump itu adalah provokasi jahat demi membela Israel yang jelas bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.