Home Artikel PAS Sarawak

PAS Batang Lupar Simpati Nasib Adik Najmi

262
SHARE

Oleh : Hanna Bolhan

Batang Lupar, 21 September : Muslimat PAS Batang Lupar sempat menziarahi keluarga adik Najmi Firdaus dalam program Ziarah Kebajikan MOSWAY yang diadakan di Kampung Beladin semalam.

Tumpuan ziarah kali ini khusus untuk membantu keluarga Adik Najmi yang menghidapi masalah kesihatan dan pernah ditahan selama tiga bulan di Unit Rawatan Rapi di Hospital Umum Sarawak selepas disahkan kritikal ketika berusia sebulan.

Antara masalah kesihatan yang dihadapi adik Najmi adalah masalah lemah paru-paru, dan juga masalah jantung berlubang.

Adik Najmi yang kini berusia tujuh bulan masih perlu ke Hospital Sarikei bagi menjalani pemeriksaan kesihatan lanjutan serta yang mana mlibatkan kos tinggi setiap kali menjalani pemeriksaan.

Ekoran itu, ziarah yang dihadiri Ketua Muslimat PAS Batang Lupar, Mahani Mumtaz mewakili Muslimat PAS tampil menghulurkan bantuan berupa kewangan sekaligus menyampaikan keperluan barang dapur kepada keluarga adik Najmi.

PAS Batang Lupar turut bersimpati terhadap nasib Puan Haslinda sekeluarga dan orang ramai boleh tampil bersama memberi sumbangan bagi membantu meringankan beban keluarga beliau melalui akaun Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak (11013010073531, Bank Islam).