Home Artikel PAS Selangor

“Suatu Hari Nanti, Aku Akan Kenal Anwar Dengan Lebih Rapat…” – Kredit Coretan Dari Negeri Selangor

931
SHARE

Oleh : Muhammad Hezry Md Yasin

Itulah bisikan hati saya sewaktu di kampus. Hari ini Anwar femes di media sosial dengan “majoriti”nya.

Sejujurnya semua ahli keluarga saya meminati Anwar apatah lagi selepas beliau dipecat daripada jawatan Timbalan PM dahulu.

Mak, ayah dan adik beradik saya mengagumi Anwar. Ya, termasuklah saya meminati Anwar sehingga zaman kampus.

Manakan tidak beliau punya karisma tersendiri pandai berucap memasukkan ayat Quran dalam ucapannya dan seorang yang agak “Islamik” dalam UMNO (dahulu).

Bahkan ketika di zaman kampus saya pernah bercita-cita untuk sertai PKR dan berharap dapat mengenali sosok itu dengan lebih dekat.

Namun percaturan Allah swt lebih cantik. Allah swt salurkan dan kenalkan saya kepada jemaah PAS.

Dalam PAS saya sertai usrah dan program tarbiyah. Dari situ saya lebih mengenali politik Islam yang sebenar yang dibawa oleh Ulamak terdahulu berbanding politik yang konon “islamik” yang dibawa oleh Anwar.

Dan dalam PAS juga saya mula ‘tahu’ siapa Anwar sebenar daripada pimpinan-pimpinan yang lebih mengenali Anwar secara peribadi.

Ya saya tahu Anwar, tapi saya tidak KENAL beliau.

Teringat lagi ketika PRU-13 di zaman Pakatan Rakyat (PR), saya bersama pemuda membuat culaan kawasan perumahan di sekitar Shah Alam.

Ketika tiba di suatu rumah, seorang makcik yang juga merupakan tuan rumah respon pada kami;

“Pakatan Rakyat? Tak apalah…selagi ada Anwar dalam tu makcik tak sokong…Makcik dan suami dulu sama-sama belajar dengan dia…kami tahu perangai sebenar dia…”

Sehingga kini saya masih ingat kata-kata makcik tu.

Sejak itu saya semakin faham dan nampak mainan politik Anwar dan siapa sosok sebenar ini.

Dan apabila semakin tahu itu, saya sangat bersyukur kerana tidak bersama PKR dan Anwar, sebaliknya bersama PAS dan lebih mengenali sosok pimpinan-pimpinan tertinggi PAS sehingga ke Tuan Guru Presiden sendiri.

Bahkan direzekikan pula untuk sepentas dengan TGHH dalam beberapa program dan wawancara.

Terima kasih Allah swt kerana tidak mengenalkan saya dengan Anwar tetapi mengenalkan saya dengan DS Tuan Guru Haji Hadi.

“Alah…kau tak kenal Anwar..tak payah sembang lah…kenal lah dia dulu…”

Habis tu, sedangkan kamu KENAL siapa Tuan Guru Haji Hadi yang merupakan seorang ulamak, pun kamu masih caci dan hina dia mengatakan dia penunggang agama?

Maaf saya tak berminat nak kenal beliau dengan rapat. Cukup sekadarnya dan saya memilih untuk bersama kepimpinan ulamak.

Risau kalau dalam tempoh saya mengenali Anwar dengan lebih rapat, Allah cabut nyawa saya, tak sempat saya nak kenal ulamak. Jadi lebih baik saya habiskan umur saya bersama ulamak.

Hezry Yasin
Sudah meluat dengan politik Anwar.

Muhammad Hezry Md Yasin
Penolong Setiausaha 2
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor

#PolitikAnakMuda
#IslamMemimpin
#KarismaLelaki