Home Artikel PAS Sarawak

PAS BATANG LUPAR BANTU KELENGKAPAN PERSEKOLAHAN MURID-MURID BELADIN

68 views
SHARE

BELADIN,17 Disember 2017 – PAS Batang Lupar terus menyantuni masyarakat melalui program Sumbangan Back To School yang telah dilaksanakan di Kg Hilir Beladin.

Dalam majlis yang bermula lebih kurang pukul 10.30 pagi itu, seramai 25 orang anak-anak daripada keluarga yang kurang berkemampuan di 3 buah kampung iaitu Kg Hulu Beladin, Kg Tengah Beladin dan Kg Hilir Beladin, telah dipilih untuk menerima sumbangan. Majlis berlangsung di rumah Tuan Haji Alem yang merupakan bekas Calon PAS Dun Beting Maro.

Sumbangan telah disampaikan oleh Timbalan Pesuruh Jaya 2 PAS Sarawak, Tn Hj Khairul Ismail dengan kerjasama daripada PAS Kawasan Batang Lupar dan Dewan Muslimat Pas Batang Lupar. Menurut Tuan Haji Khairul, program tersebut merupakan salah satu usaha untuk membantu meringankan sedikit beban ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak.

Dalam ucapannya lagi, beliau menyatakan agar masyarakat di Beladin terus memberi penekanan dan semangat kepada anak-anak agar terus belajar menuntut ilmu agar dapat mengubah nasib keluarga pada masa depan. Bukan itu sahaja, beliau yang mewakili PAS Sarawak amat berharap lebih ramai lagi pihak lain yang tampil menghulurkan bantuan khususnya kepada masyarakat di Dun Beting Maro yang kebanyakannya hanya bekerja sebagai nelayan dan petani sahaja. Para ibu bapa turut hadir dan telah memeriahkan lagi majlis tersebut.