Home Berita PAS Selangor

PAS bantu meringankan beban sahabat jemaah – PAS Kawasan Gombak

20
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Gombak

Oleh : Umar Al-Hayawi

Gombak | Perubahan suasana negara kita yang boleh dikatakan secara sangat tiba-tiba atau secara mendadak membuatkan ramai rakyat mengambil masa yang sedikit lama bagi menyesuaikan diri dengan cara kehidupan baru di ambang Covid-19 yang semakin mengganas. Oleh itu, banyak komuniti di Malaysia yang memerlukan bantuan, sumbangan dan pertolongan sukarelawan.

Sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadis bermaksud ;

“Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling bermanfaat untuk manusia. Dan amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah kegembiraan yang engkau masukkan ke dalam hati seorang mukmin atau engkau hilangkan salah satu kesusahannya, atau engkau membayarkan hutangnya, atau engkau hilangkan kelaparannya.” (Hadis riwayat at-Tabrani)

Tidak terhenti dengan PKP, kini pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pula sedang dilaksanakan bagi mengawal penularan wabak Covid-19, dan ia juga sangat memberi kesan yang mendalam kepada rakyat. Golongan belia yang cuba berdikari tersentap, buntu tidak berdaya meneruskan usaha.

May be an image of 3 people and people standingLajnah Kebajikan PAS Gombak dengan kerjasama NGO Ma’ruf Care, LKK Purnama dan Skuad JPrU Taman Gombak berusaha membantu menyerahkan sedikit sebanyak barangan keperluan asas, wang tunai sebagai tànda ingatan dan perihatin kepada mereka yang terkesan, disekitar kawasan JPrU Taman Gombak. Semoga para penerima berasa gembira dengan usaha kecil ini.

Lajnah Kebajikan PAS Gombak menzahirkan ribuan terima kasih kepada para sukarelawan yang bertukus-lumus menyampaikan sumbangan kepada mereka yang terkesan. Terima kasih kepada sukarelawan Ma’ruf Care, Hj Ramli dan Mak Jah serta sukarelawan daripada JPrD Gombak Setia, Sdr Riza dan sdr Jusoh. Terima kasih juga diucapkan kepada sahabat-sahabat jemaah yang telah menyumbang kepada Tabung Covid-19 Gombak.

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor