Home Rencana PAS Selangor

Bersama memperjuang menangani Covid-19 – Pengerusi Khidmat Malaysia Negeri Selangor

10
SHARE

May be an image of text

INFO Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Selangor Us Noor Najhan Mohd Salleh | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Ustaz Noor Najhan Mohamad Salleh
Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Selangor
Pengerusi Khidmat Malaysia Negeri Selangor

Khidmat Malaysia Negeri Selangor (KMNS) menyambut baik dan menyokong penuh kenyataan Presiden PAS YB Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang hari ini yang bertajuk “Perjuangan Menangani Covid-19 Belum Selesai”.

Sebagaimana semua sedia maklum, Negeri Selangor adalah Negeri yang mempunyai kes Covid-19 paling tinggi dengan lebih 286 ribu kes namun masih lagi mengekalkan rekod peratus penduduk antara yang rendah menerima vaksin walaupun jumlah penerima vaksin dos 1 paling ramai.

Sudah pasti kegusaran ini akan menyebabkan kecenderungan pelbagai pihak menyalahkan antara satu sama lain dengan ungkapan “gagal” dan sebagainya, sedangkan bukan negara kita Malaysia sahaja yang masih belum selesai menangani masalah Covid-19 ini malah seluruh dunia, bahkan tidak ada satu negara sekalipun boleh mendabik dada yang mereka sudah berjaya.

Malaysia masih belum gagal, malah sedang melangkah meneruskan perjuangan yang panjang terutama di Selangor dan perjuangan kita masih jauh lagi untuk mencapai “Herd Immunity” atau imuniti kelompok, justeru itu peranan semua pihak sangat ditagih.

Menyambut baik hasrat Tuan Guru Presiden agar seluruh rakyat Malaysia terus berperanan membantu Pelan Pemulihan Negara (PPN) bersama, merasai denyut nadi rakyat dan pertugas barisan hadapan kita, dengan izin Allah, kami di Khidmat Malaysia Negeri Selangor dan kawasan-kawasan keseluruhannya telah diaktifkan dan digerakkan secara bersepadu dalam membantu pihak agensi kerajaan.

Peranan Khidmat Malaysia Negeri Selangor kini bukan hanya membantu rakyat dengan bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyampaikan sumbangan makanan dan Bakul Rakyat, malah diperluaskan lagi dengan bantuan peralatan kesihatan dan keperluan lain kepada hospital-hospital kerajaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan keseluruhan sumbangan lebih RM515 ribu sehingga Jun lepas.

Kini Khidmat Malaysia juga berperanan bersama NGO-NGO, anggota Jabatan Amal Malaysia, Briged Muslimat dan sukarelawan Khidmat Malaysia juga telah digerakkan untuk membantu Pusat-pusat Pemberian Vaksin (PPV), Pusat Penilaian Covid-19 (CAC), Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) seluruh Selangor.

Bukan itu sahaja, anggota Jabatan Amal juga telah digerakkan bagi membantu agensi Kerajaan dalam Pengurusan Jenazah Covid-19 dan juga sanitasi premis-premis kediaman pesakit Covid-19 ketika diperlukan.

Sekali lagi pihak KMNS menyeru agar semua pihak tidak kira bangsa, agama atau idealogi politik sekalipun bersama kita mendokong segala usaha dan perjuangan kerajaan dalam menangani Covid-19 ini, ambil sikap peduli serta bantu membantu agar kita semua selamat bukan sahaja di dunia malah di akhirat sana kelak.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor