Home Berita PAS Wilayah

PAS bantu 50 keluarga di PPR Gombak Fasa 2

44
SHARE

Muhamad Abdul Fateh

WANGSA MAJU, 06 September: PAS Kawasan Wangsa Maju dengan kerjasama Persatuan Penduduk Pangsapuri DBKL Fasa 2 menyampaikan bantuan makanan kepada 50 keluarga, semalam, di Dewan masyarakat pangsapuri fasa 2.

Bantuan berkenaan dibuat hasil permohonan persatuan penduduk berkenaan sebelum ini untuk semua keluarga berkenaan yang terjejas bekalan makanan.

Berdasarkan permohonan yang diterima, majoriti penerima sumbangan ini ialah pekerja kilang dan berniaga kecil kecilan.

YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh (YB Kak Nuri) ketika menyampaikan sumbangan berkenaan bersatu melawan pandemik.

“Kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah memperkenalkan pelbagai pakej rangsangan yang bermanfaat kepada rakyat.

“Kita harapkan agar penduduk PPR Gombak fasa 2 dapat memberi mandat kepada PAS dan kerajaan PN dalam PRU-15 kelak,” ujarnya.

Beliau turut mengambil maklum tentang tanah kampung berkenaan yang masih berstatus setinggan dan akan bertindak sewajarnya.

Turut hadir memberi sumbangan ialah YDP PAS Kawasan Wangsa Maju, Ustaz Abdul Rani Mohamed Daud, Timbalan YDP PAS Wangsa Maju, Haji Azhar Omar, AJK Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan, Zurina Din serta Ketua PAS Cawangan Fasa 2, Haji Ismail dan Persatuan Penduduk Pangsapuri FASA 2