Home Berita PAS Sabah

PAS Keningau bantu mangsa banjir

58
SHARE

Oleh: Sitti Saidah Osman
6 September 2021

KENINGAU: PAS Keningau tampil menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di Kampung Rangom Apin-apin di sini, Sabtu lepas.

Menurut Ketua Lajnah Kebajikan Dewan Muslimat PAS Kawasan Keningau, Wan Rozila Wan Kadir, beberapa keluarga terputus bekalan harian disebabkan kesukaran untuk keluar daripada kawasan banjir dan cuba untuk mengurangkan risiko banjir yang lebih teruk.

Katanya lagi, sebanyak lapan keluarga terdiri daripada ahli Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Kawasan Keningau telah menerima sumbangan barangan dapur berupa beras, gula, minyak dan sebagainya.

Setiausaha DHPP Keningau, Alicia Tony menghargai sumbangan yang diberikan dan berharap pada masa akan datang, DHPP akan terus membantu PAS Keningau dalam misi mengembangkan DHPP di sekitar kampung itu.

Turut hadir menyampaikan sumbangan Timbalan Yang Dipertua PAS Keningau, Sahmain Hassim dan Ketua DHPP Keningau, Geoffrey Joseph.

Banjir di beberapa kawasan Keningau berlaku akibat daripada hujan lebat yang berterusan selama beberapa hari.