Home Berita PAS Selangor

PAS Bangi tidak pernah abaikan permohonan bantuan rakyat – PAS Kawasan Bangi

15
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Bangi

Oleh : Umar Al-Hayawi

Bangi | Itulah PAS, sebuah parti yang dicaci, dimaki dan dikata, sebaliknya memberikan hasil yang positif, berguna dan diperlukan oleh rakyat. PAS Kawasan Bangi menceritakan, hampir setiap hari menerima permohonan bantuan makanan dalam page mereka.

Meskipun permohonan yang bertimbun, jarang sekali permohonan ini ditinggalkan tanpa bekalan. Paling kurang akan ada wakil PAS cawangan yang datang merisik dan memberikan bantuan. “Kami cuba memenuhi hasrat penerima kerana kami faham betapa sukarnya berada di situasi tersebut”, terang PAS Bangi.

Pada waktu yang sukar ini, PAS Bangi mohon agar jangan ada insan yang mengambil kesempatan atas kebaikan yang dilakukan, baik daripada mereka mahupun NGO-NGO atau individu lain. Sekiranya anda sudah terima bekalan, berikanlah kepada keluarga lain yang lebih memerlukan. Begitulah kehidupan kita dalam hidup kejiranan. Semoga Allah permudahkan urusan mereka dan semua penyumbang.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor