Home Berita PAS Selangor

Misi bantuan tabung bencana Covid-19 – PAS Kawasan Petaling Jaya

14
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Petaling Jaya

Oleh : Umar Al-Hayawi

Petaling Jaya | Dikala PKP dan PKPD dilaksanakan di beberapa kawasan, ramai rakyat atau penduduk tempatan yang menderita terjejas kesan kebanyakan sektor yang ditutup dan menyebabkan kehilangan pekerjaan serta pendapatan. Kehilangan pendapatan akan menjurus kepada terputusnya bekalan makanan di rumah dan ketidak mampuan menyara keluarga.

May be an image of 1 person

Menurut Ketua Operasi Khidmat Malaysia merangkap Komandan Amal Malaysia Kawasan Petaling Jaya Ust Zulkifli Bin Mohd Noor, dengan bantuan PAS cawangan-cawangan dibawah Parlimen Petaling Jaya, sebanyak 35 barangan asas dapur dapat diserahkan kepada keluarga-keluarga yang memerlukan.

Kepada para pemohon, selepas permohonan dibuat, tidak perlu risau lagi kerana Khidmat Malaysia Kawasan Petaling Jaya akan berusaha sedaya upaya untuk sampaikan bantuan tersebut. KPI yang telah ditetapkan ialah dalam masa 48 jam selepas menerima permohonan dibuat, sumbangan-sumbangan hendaklah diserahkan kepada pemohon.

Ucapan syukur dan terima kasih daripada para penerima yang terkesan dengan pandemik ini lebih-lebih lagi PKPD yang baru bermula pada hari ini. Semoga sumbangan yang diberikan dapat membantu meringankan beban yang mereka hadapi. Kepada yang ingin memberi sumbangan kepada Khidmat Malaysia Kawasan Petaling Jaya untuk dikongsikan bersama mereka yang memerlukan boleh dibuat ke akaun berikut;

Akaun : Ikatan Kesatuan Wanita Daerah Petaling IKWAN
No. Akaun : 564182402855
Bank : Maybank Islamic

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor