Home Berita PAS Selangor

“Anda hulur, kami salur “ – Jabatan Amal Hulu Selangor

19
SHARE

May be an image of standing and text that says "Sinar Û Harlan Isnin 05 Julai 2021 cari >> EDISI dibantu Penduduk kehabisan beras segan minta bantuan Penduduk kehabisan beras segan minta bantuan dibantu MOHD AZLIM ZAINURY 05 Julai 2021 Amirul Aizat (kanan) menyerahkan sumbangan makanan kepada penerima di sebuah kawasan perumahan."

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Hulu Selangor | Seramai 150 penduduk kurang berkemampuan termasuk 80 peratus daripada mereka yang kehabisan bekalan beras di sekitar Ulu Yam, Batang Kali dan Serendah lega apabila menerima bantuan bekalan makanan daripada JAMK Hulu Selangor.

Bantuan diserahkan Jabatan Amal Hulu Selangor menerusi tabung yang dikumpulkan dengan kerjasama ahli dan Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor (Geng Talaqqi) untuk diagihkan kepada penduduk. Ketua Pemuda Pas Zon Ulu Yam Baru Amirul Aizat Mohd Mirza berkata, para penerima menyatakan rasa syukur setelah menerima bantuan ketika mereka tidak dapat keluar membeli barangan keperluan.

Jabatan Amal Malaysia Kawasan Hulu Selangor mengkalungkan ucapan tahniah buat JAM Hulu Selangor Zon Ulu Yam Baru atas gerak kerja kebajikan yang amat baik. InshaAllah, Jabatan Amal Malaysia Hulu Selangor menyatakan bahawa mereka akan terus komited dan konsisten membantu kebajikan rakyat terutama di kawasan Hulu Selangor.

Kepada yang ingin membantu JAMK Hulu Selangor menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan boleh salurkan sumbangan di ;

Bank : Maybank
Akaun : JABATAN AMAL HULU SELANGOR
No. akaun : 562991015551

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor