Home Berita PAS Perlis

‘Jangan kita masuk dalam perangkap musuh’

36
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

KANGAR, 3 Ogos: Seluruh ahli PAS diseru sentiasa memberikan ‘tsiqah’ (kepercayaan) kepada kepimpinan jamaah dalam menangani sebarang isu atau kekeliruan yang timbul.

Seruan berkenaan dibuat Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Muhammad Azmir Azizan menerusi laman Facebooknya kelmarin.

Mengambil contoh isu panas yang berlaku di Parlimen baru-baru ini yang turut melibatkan Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan, beliau mengingatkan ahli PAS agar sentiasa mendapatkan maklumat daripada sumber rasmi parti dan tidak terburu-buru membuat kesimpulan.

“Beliau melaksanakan tugas dengan sebaiknya mengikut (peruntukan) undang – undang dan perlembagaan (bahkan) memiliki ilmu dalam bidang pengajiannya dan mempunyai pengalaman yang luas berkaitan undang – undang dan perlembagaan.

“Justeru, kita sebagai ahli dan murabitun PAS mesti sentiasa yakin dan percaya dengan kepimpinan kita selagimana mereka tidak mengarahkan kita untuk bercanggah dengan syariat Islam.

“Jangan kita masuk dalam perangkap musuh yang telah dipasang,” ujarnya.