Home Artikel PAS Sabah

Parti tempatan Sabah diajak sertai Penyatuan Ummah

100 views
SHARE

Oleh: Aizal Samsaruddin
22 September 2019

TAWAU: Selepas termeterainya Piagam Muafakat Nasional pada 14 September yang lalu, parti-parti tempatan Sabah diajak bersama-sama menyertai penyatuan ummah.

Demikian kata Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohd Aminuddin Aling ketika berucap dalam ceramah Penyatuan Ummah di De Choice Hotel jumaat yang lalu.

Beliau melahirkan keyakinan dengan penyertaan parti-parti tempatan Sabah dalam penyatuan ummah ini mampu menguatkan lagi kekuatan blok pembangkang khususnya di Sabah.

Selain itu, beliau mengajak parti-parti tempatan Sabah untuk menyertai penyatuan ummah sebagai tanda kebersamaan dalam mengukuhkan lagi kekuatan yang ada bagi mampu menawan semula Sabah.

Di akhir ucapan, Aminuddin mencadangkan kepada pucuk pimpinan pusat untuk mengadakan himpunan penyatuan ummah di peringkat negeri Sabah bagi menguatkan lagi kerjasama PAS – UMNO dan parti-parti politik tempatan untuk mendapatkan kekuatan sekali gus menerajui pemerintahan negeri Sabah.