Home Artikel PAS Perlis

Kepimpinan PAS, Umno Sertai Kacau Bubur Asyura Kangar

417
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

KANGAR : PAS Kawasan Kangar telah mengadakan Program Kacau Bubur Asyura Perdana PAS Kawasan Kangar bertempat di Markas PAS Behor Temak, dekat sini, semalam.

Program yang diadakan dengan kerjasama Majlis Tindakan DUN (MTD) dalam Kawasan Kangar itu disertai seramai 40 orang peserta.

Hadir sama dalam program tersebut, YDP PAS Kawasan Kangar, Ustaz Yussaine Yahya serta kepemimpinan PAS kawasan.

Turut hadir selaku jemputan, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis, Dato’ Seri Shahidan Kassim dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya.

Sebanyak 5 kawah besar bubur asyura telah berjaya disediakan dan diagihkan ke seluruh DUN serta cawangan PAS dalam Kawasan Kangar bagi disampaikan kepada masyarakat.