Home Berita PAS Johor

PAR 164 PONTIAN : Program Ziarah Mahabbah Al Malak

1435
SHARE

PONTIAN– Telah berlangsung Program Ziarah Mahabbah Al-Malak pada jumaat, 2 Disember lalu di sekitar Parit Abas dan Parit Stan.

Program bermula pada pukul 3 petang dengan berkumpul di rumah Tn. Hj Bachok seterusnya bergerak ke 3 lokaliti di sekitar Pt Abas. Terdapat juga sesi dialog yang disampaikan oleh Tn. Hj Shaman Syarif, Pengerusi Assobiqun Negeri Johor bersama penduduk tempatan di rumah Hj Hashim pada sebelah malam dan program berakhir pada pukul 11.30 malam.

Program ini adalah anjuran Pusat Aduan Rakyat ( PAR) 164 Parlimen Pontian dengan kerjasama PAR N53 Dun Benut. Program diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat Prof. Baharom bin Mohammad Selaku Penyelia Pusat Aduan Rakyat Parlimen Pontian dan Sdr. Mohd Firdaus bin Jaffar Penyelia Pusat Aduan Rakyat Dun Benut.