Home Artikel PAS Wilayah

Panglima Bulan Hijau FC Juara Piala Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan

207 views
SHARE

13 Oktober, Bandar Tun Razak : DACS Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Piala Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan di Padang Sri Johor, Bandar Tun Razak.

Sebanyak 16 pasukan yang berentap pada edisi kali ini terdiri daripada kawasan-kawasan parlimen sekitar Wilayah Persekutuan dan juga pasukan-pasukan lain. Kejohanan ini turut disertai oleh Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) yang diwakili oleh pemain-pemain bukan beragama Islam.

Kejohanan berprestij ini diadakan selepas edisi yang terakhir pada tahun 2016 dan pasukan Panglima Bulan Hijau FC dinobatkan sebagai juara sekaligus membawa pulang RM700 beserta medal selepas menewaskan pasukan Segambut FC pada peringkat akhir menerusi penentuan sepakan penalti selepas permainan terikat 0-0.

Naib juara Segambut FC membawa pulang RM500 beserta medal manakala tempat ketiga yang disandang oleh DPPBTR Jr membawa pulang RM300. Tempat keempat disandang oleh Pemuda Titiwangsa FC juga membawa pulang RM300.

Kejohanan berlangsung dengan sangat meriah dan jayanya. Semoga Kejohanan seperti ini dapat dianjurkan pada setiap tahun dan dapat mengeratkan ukhuwah masyarakat di sekitar Wilayah Persekutuan.

DACS Wilayah Persekutuan sentiasa optimis dan positif dalam merangka aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dan bertetapan dengan objektif untuk masa-masa yang akan datang.

Laporan
– Mohammad Shazli Muin
(Unit Media Baru, DACS Wilayah Persekutuan)