Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

DMPM rai sukarelawan belakang tabir

50 views
SHARE


DMPM rai sukarelawan belakang tabir

Oleh : Danisya Ismail

KUALA LUMPUR 14 Oktober -Lajnah Penerangan dan Media Baru (LPMB) bersama Jabatan Informasi Teknologi (JITM) Dewan Muslimat PAS Malaysia telah mengadakan Majlis Sesi Ramah Mesra Team Volunteers di Pejabat Agung PAS Pusat, semalam.

Majlis ini berlangsung bagi meraikan petugas-petugas sukarelawan yang telah berkhidmat sebagai petugas media semasa Himpunan Wanita Penyatuan Ummah, 13 September lalu.

Ketua Lajnah Penerangan dan Media Baru Dewan Muslimat PAS Malaysia, Dr Najihatussalehah Ahmad mengisi sesi taujihat dan berkongsi pengalaman beliau majlis ini.

Beliau di dalam ucapannya menekankan prasyarat gerak kerja PAS iaitu mengikhlaskan diri dan memelihara ukhwah yang baik dalam medan perjuangan ini.

“Biarpun tiada imbuhan diberikan buat para petugas, Dewan Muslimat PAS Malaysia sangat berbangga dengan kesungguhan para sukarelawan Muslimat dalam melaksanakan tugasan masing-masing.

“Tugasan unit media sememangnya kurang dilihat orang ramai akan pengorbanannya, namun yakinlah tugasan belakang tabir ini merupakan tunjang kekuatan jemaah PAS.

“Peranan penerangan dan media baru hendaklah saling berkait rapat. Dua medium penting ini hendaklah bersinergi untuk memastikan impak yang lebih berkesan dalam menyampaikan maklumat PAS kepada masyarakat.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat, Kartini Ahmad dan Pengarah Jabatan Informasi Teknologi DMPM, Jazlina Shafawi.