Home Artikel PAS Sabah

Jambatan Usang Kampung Balimbang dibaiki

195
SHARE

Oleh: Aizal Samsaruddin

14 Oktober 2019

SEMPORNA: Jambatan Kampung Balimbang Pulau Bum-Bum, Semporna yang semakin usang akhirnya telah dibaiki, hasil kerjasama antara Muslim Care, Jabatan Amal dan penduduk Kampung semalam dekat sini.

Turut membantu ialah Johari Ismail, Vice Presiden Muslim Care, Haji Nasir Abu Bakar, Ketua Kampung Balimbang serta Shahril Shazwan, Timbalan Komandan Jabatan Amal Semporna.

Haji Nasir Abu Bakar melahirkan rasa gembira kerana terdapat pihak yang sudi membantu kampung mereka dengan menyelenggara beberapa kemudahan penduduk kampung ini yang rosak.

“Saya amat gembira kerana ada juga pihak yang mengambil berat tentang keadaan kampung kami sekaligus terus membantu membaiki jambatan ini. Saya mewakili penduduk kampung mengucapkan ribuan terima kasih atas bantuan yang diberikan, hanya Allah sahaja mampu membalasnya.” Kata beliau.

Projek ini merupakan hasil sumbangan orang ramai melalui platform Muslim Care Malaysia bagi membantu menyelesaikan masalah penduduk Kampung Balimbang yang derita akibat jambatan kampung mereka runtuh akibat uzur.