Home Kenyataan Media Presiden PAS

Pandangan PAS Terhadap Pembentukan Kabinet

1319
SHARE

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS

PANDANGAN PAS TERHADAP PEMBENTUKAN KABINET

1. Saya menghargai jemputan YAB Perdana Menteri untuk kami memberikan pandangan awal berkenaan pembentukan Jemaah Menteri yang baharu.

2. Saya menyatakan pandangan supaya individu yang dilantik untuk menganggotai Jemaah Menteri adalah terdiri daripada kalangan yang berintegriti, berkelayakan, dan berkemahiran, serta mewakili masyarakat majmuk.

3. Saya turut menyarankan supaya dilibatkan kalangan profesional untuk membantu Kerajaan dalam usaha meningkatkan tahap ekonomi, pendidikan, kesihatan dan kebajikan rakyat, serta diwujudkan fungsi Hisbah (ombudsmen) dalam pentadbiran.

4. Saya menegaskan PAS menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan YAB Perdana Menteri untuk membentuk Jemaah Menteri dalam masa terdekat ini, tanpa sebarang syarat dan permintaan.

“Islam Memimpin Perpaduan”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 9 Rajab 1441 / 4 Mac 2020