Home Artikel PAS Sabah

PAS akan bantu Kerajaan PN dalam program pembangunan di Sabah

976
SHARE

OLEH :ANNA TAN 

TAWAU 4 Mac ~ PAS akan membantu Kerajaan Pakatan Nasional (PN) dalam program-program pembangunan rakyat di Sabah.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Tuan Mohamad Husain berkata  agar hasil pembangunan tersebut dapat dinikmati seluruh rakyat dan rakyat dapat hidup dengan sejahtera.

” Kita mempunyai ramai tenaga pakar yang boleh membantu dalam membangunkan negeri ini “, katanya kepada pemberita di sini, kelmarin.

Tuan Mohamad Husain yang juga merupakan Yang DiPertua (YDP) PAS Tawau juga menyatakan sebagai sebuah parti Islam, PAS akan meneruskan peranan sebagai sebuah parti dakwah,siasah dan tarbiah.

Perjumpaan tersebut turut dihadiri oleh Timbalan YDP PAS Tawau , Ustaz Mohamad Nasir Che Ali, Naib YDP ,Tuan Amboasse Ramano , Ketua Dewan Pemuda , Ustaz Rosli Hasani dan Ketua Dewan Muslimat, Ustazah Mandine Ladale serta beberapa AJK Kerja  PAS Kawasan Tawau.