Home Artikel PAS Perak

MusMedik Tunaikan Hak Sesama Muslim

490
SHARE

 

LUMUT: Ziarah Medik Penyatuan Ummah peringkat Negeri Perak (ZMPU 2.0) anjuran Jabatan MusMedik Dewan Muslimat PAS Malaysia dan Dewan Muslimat PAS Negeri Perak telah diadakan di sekitar DUN Pasir Panjang, baru baru ini.

Ziarah siri 2 ini merupakan rentetan daripada ZMPU 1.0 yang telah diadakan di Kota Melaka pada Disember 2019 yang lalu, di mana ianya akan menjadi aktiviti rutin MusMedik.

Program ini juga dianjurkan dengan kerjasama Dewan Muslimat PAS Kawasan Lumut dan HalWa DUN Pasir Panjang bertujuan untuk memberi khidmat kesihatan kepada golongan yang benar-benar memerlukan, sekaligus memenuhi tuntutan hak seorang saudara sesama Muslim.

Perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Perak, Ustazah Hasna’ Ab Samad, di Surau MADAH, Seri Manjung.

Seramai 5 orang petugas daripada Jabatan MusMedik Dewan Muslimat PAS Malaysia yg diketuai oleh Dr. Reen Mohd Amin dan 6 orang petugas MusMedik Perak yg diketuai oleh Dr. Tun Kamsiah, serta 17 orang Muslimat PAS telah menyantuni 31 orang pesakit di sekitar DUN Pasir Panjang dengan memberi khidmat kesihatan, sumbangan barang keperluan dan risalah panduan solat untuk pesakit.

Turut serta adalah Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Negeri Perak merangkap Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Lumut, Rohawati Abidin serta Ketua HalWa DUN Pasir Panjang, Pn Habibah Rasdi.