Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Pakej Rangsangan Ekonomi : Bukti Kerajaan Menjaga Kebajikan Rakyat

1114
SHARE

Pakej Rangsangan Ekonomi : Bukti Kerajaan Menjaga Kebajikan Rakyat

1. Merujuk kepada Pakej Rangsangan Ekonomi Rakyat (PRIHATIN) yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin petang semalam, sebanyak RM 250 bilion akan disalurkan dengan segera untuk melindungi rakyat, menyokong perniagaan dan memperkukuh ekonomi yang terkesan ekoran dari pandemik Covid-19.

2. Tiada golongan yang akan
tercicir (no one will be left behind) sebagaimana diucapkan oleh YAB Perdana Menteri menunjukkan betapa prihatinnya barisan Kabinet Menteri terhadap rakyat Malaysia yang mengalami kesulitan untuk meneruskan kelangsungan hidup dalam saat yang sukar ini.

3. Keprihatinan kerajaan ini tidak ubah seperti sikap seorang ketua keluarga yang berusaha semampu mungkin untuk menjaga mereka di bawah jagaannya tatkala berdepan dengan suasana getir.

4. Justeru, rakyat yang layak menerima pakej ini haruslah menghargai dan memanfaatkan bantuan ini dengan sebaiknya.

5. Dewan Muslimat PAS Malysia (DMPM) mengucapkan tahniah dan terima kasih atas langkah kerajaan yang mendahulukan kebajikan dan kesejahteraan rakyat seluruhnya.

6. Terima kasih juga kepada institusi perbankan, syarikat-syarikat takaful dan insurans serta semua pihak yang telah bekerjasama dalam menjayakan Pakej Rangsangan Ekonomi Rakyat ini.

7. Akhir sekali, Dewan Muslimat PAS Malaysia menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk kekal memberi sokongan kepada kerajaan dan bersama-sama berganding bahu dalam menangani situasi ini hingga ke akhirnya. Teruskan berdoa agar Allah SWT memberikan nusrahNya kepada kita dalam mengharungi ujian ini. Amin.

“Malaysia Sejahtera”

“Islam Memimpin Wanita Sejahtera”

YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
3 Syaaban 1441
28 Mac 2020