Home Kenyataaan Media PAS Perak

P Ramasamy jangan jadi pelampau dan ekstrimis: Kami semua bersatu pertahan akidah Islam

115
SHARE

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PERAK
20 Februari 2022M | 18 Rejab 1443H
P. RAMASAMY JANGAN JADI PELAMPAU DAN EKSTRIMIS : KAMI SEMUA BERSATU PERTAHAN AKIDAH ISLAM

Dewan Pemuda PAS Negeri (DPPN) Perak bersolidariti mempertahan keislaman ketiga-tiga anak Puan Loh Siew Hong oleh bapa mereka, Nagahswaran Muniandy secara “unilateral” pada sekitar bulan Julai 2020 dengan pengetahuan pihak berkuasa agama di negeri Perlis.

Tindakan P. Ramasamy, pemimpin DAP yang mendakwa kes berkenaan membabitkan penculikan dan paksaan memeluk Islam telah menimbulkan ketegangan kaum dan menyentuh sensitiviti agama amat dikutuk. Jika tidak boleh menghormatinya, jangan pula menjadi pelampau dan ekstrimis.

Sungguhpun di kalangan orang Melayu Islam berbeza pandangan dalam ideologi politik, namun tidak sesekali boleh berkompromi dalam perkara melibatkan akidah Islam.

Tambahan pula melibatkan anak-anak yang memeluk Islam secara sukarela dan sewajarnya diberi kepercayaan untuk diadili badan kehakiman.

Namun demikian, DPPN Perak menegaskan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang majoriti rakyatnya Islam sentiasa bersikap adil dan tidak menzalimi penganut agama lain sebagaimana negara-negara majoriti bukan Islam yang sentiasa menindas umat Islam termasuk di India yang menghalang mahasiswi bertudung.

Justeru, DPPN Perak mengajak seluruh pihak untuk kita terus bersatu hati dalam menyatukan ummah dengan menjadikan akidah Islam sebagai tunjang yang dapat memastikan kesejahteraan hidup keseluruhan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara kita.

“Memacu Perpaduan”
“Legasi Perjuangan”
Sekian, terima kasih

HAFEZ SABRI
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak

#KenyataanMedia
#PemudaPASPerak
#LegasiPerjuangan
#MemacuPerpaduan