Home Rencana PAS Selangor

Orang Islam wajib dibaiki hubungan mereka – Setiausaha DUPN Selangor

34
SHARE

May be an image of one or more people

“Bingkisan Rida’ Di Bahu” | Dewan Ulama PAS Selangor

Oleh : Muhammad Najhan Halim
Setiausaha Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor

Hadis menyebut,

الصُّلحُ جائزٌ بينَ المسلمينَ إلَّا صلحًا أحلَّ حرامًا ، أو حرَّم حلالًا . وقالَ رسولُ اللَّهِ صلَّى اللَّهُ عليهِ وسلَّمَ : المسلمونَ على شروطِهم .

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra, bahawa Nabi saw bersabda, Perdamaian (syarat perdamaian) itu adalah digalakkan di kalangan orang Islam. Kecuali meletakkan syarat yang menghalalkan perkara yang diharamkan dan juga mengharamkan perkara yang dihalalkan Islam. Dan bersabda Rasulullah saw, Orang Islam itu terikat dengan syarat mereka.”

Riwayat Abu Daud.

Usaha memperbaiki hubungan dan persaudaraan antara Muslimin itu di antara semulia-mulia akhlak dalam Islam. Ia juga anjuran galakkan syariat Islam. Usaha ini mampu menyatukan hati orang beriman, memperelokkan semangat persaudaraan di antara mereka serta membuang sifat kedengkian dan permusuhan yang merugikan sesama mereka.

Hadis ini Nabi saw menggalakkan sebarang usaha bagi memperbaiki hubungan sesama orang Islam yang bercakaran. Baginda menyebut secara khusus dengan sebutan Muslimin menandakan bagaimana prihatinnya Baginda saw terhadap keadaan orang Islam.

Dengan syarat dalam usaha memperbaiki hubungan ini mestilah menepati pada perkara yang diharuskan syarak dan tidak yang melanggari hukum syarak. Contohnya tidak boleh mendamaikan hubungan orang Islam dengan memakan makanan yang diharamkan atau menghalalkan riba yang haram atau menghalakan hubungan zina.

Kemudian Baginda saw bersabda lagi, “Orang Islam terikat dengan syarat mereka”, bermakna bahawa orang Islam itu terikat dengan segala bentuk syarat dan janji sesama mereka selama syarat itu dalam perkara halal dan diharuskan syarak. Maka hendaklah orang Islam itu menunaikan janji dan menyempurnakan syarat itu kerana ia juga perintah Allah swt. Adapun syarat dan janji yang bercanggahan dengan Islam, maka tiada dibenarkan menunaikan syarat itu.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor