Home Berita PAS Selangor

Khidmat Malaysia bersama frontliner CAC Stadium Melawati – PAS Kawasan Kapar

13
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kapar

Oleh : Umar Al-Hayawi

SHAH ALAM, 27 Julai – Pengerusi Khidmat Malaysia Negeri Selangor (KMNS), Ustaz Noor Najhan Mohamad Salleh bersama Pegawai Kewangan KMNS, Tn Rushdan telah turun menyampaikan sumbangan buat kali ke tiga di CAC Stadium Melawati.

Menurut KMNS, kali ini sumbangan yang diberikan adalah berbentuk makanan dan minuman kerana pihak pengurusan CAC, memaklumkan kepada mereka bahawa air mineral dan air kotak merupakan antara keperluan utama dan diperlukan oleh para petugas di CAC.

Kehadiran mereka disambut baik oleh Pn Latha, selaku wakil yang menerima sumbangan bagi pihak pengurusan CAC Stadium Melawati. Jutaan penghargaan diucapkan kepada para dermawan yang daripada terdiri NGO KWIK dan orang ramai.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor