Home Berita PAS Pahang

‘Orang Asal’ pertama Malaysia jadi Yang Dipertua PAS

369
SHARE

Oleh: KHAULAH AL AZWAR

BENTONG, 6 Nov. :: Sidang Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-67 yang berlangsung di Duyung Marina Resort, Kuala Terengganu, hari ini, merasa amat bertuah dan berbangga dengan kehadiran istimewa perwakilan daripada `Orang Asal’.

Tidak ramai mengetahui bahawa Mohd. Khairuddin Abdullah @ Inya A/L Pando yang mengambil bahagian dalam perbahasan di muktamar tersebut merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan pertama di Malaysia berketurunan orang asli atau ‘Orang Asal’ dari suku Semelai di Bera Pahang.

“Sebenarnya tuan-tuan, ‘semelai’ tu saya dah buat kajian, adakah dari pokok atau dari sungai, tapi ‘semelai’ itu maknanya ‘same Malay’ orang putih kata ‘sama dengan Melayu’,” gurau Khairuddin diiringi gelak tawa hadirin.

Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Khairuddin, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Linguistik dari UPM telah dipilih menerajui PAS Kawasan Bentong selama dua penggal berturut-turut di dalam Mesyuarat Agung PAS Kawasan Bentong kali ke-37, baru-baru ini.

Beliau bersara dari profesion perguruan pada tahun 2018 setelah dipilih bertanding sebagai calon PAS DUN Sabai dalam Parlimen Bentong pada PRU ke-14 lalu.

Khairuddin yang juga Timbalan Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Pahang itu diberi laluan sebagai pembahas keempat ucapan dasar Tuan Guru Presiden PAS pada muktamar tersebut mewakili Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang (BPPNP).