Home Berita PAS Pahang

Orang Asal Bersama Jabatan Amal Malaysia Pahang

1690
SHARE

AKTIVIS ORANG ASAL DAN BUKAN BERAGAMA ISLAM BERSAMA SUKARELAWAN AMAL MALAYSIA NEGERI PAHANG

Nama beliau Puan Miana Binti Maju berumur 43 tahun yang berasal dari perkampungan Orang Asal Rompin Dan kini menetap bersama keluarga di Kuantan. Beliau telah pun berkahwin Dan mempunyai 5 orang cahaya mata.

Beliau telah bersama Sukarelawan Amal Malaysia Negeri Pahang sejak tahun 2017. Ini bermakna sudah hampir 3tahun beliau bersama Sukarelawan Amal. Orang yang mengenalkan Sukarelawan Amal Negeri Pahang pada beliau ialah En Zamri Yang dikenali dengan Nama Bro Zam Dan juga Puan Nor Fazilah yang dekenali dengan nama Sis Gie.

Beliau merupakan seorang aktivis Yang cukup aktif Dalam melakukan kerja-kerja Amal Dan kebajikan. Antara NGO Yang beliau aktif ialah sukarelawan JAKOA. Beliau seorang Yang amat berminat melakukan kerja-kerja amal.

Puan Mia merupakan seorang aktivis Sukarelawan Amal Yang sangat aktif, berkomitmen Dan komited dalam melakukan kerja-kerja amal bersama Jabatan Amal Malaysia Negeri Pahang. Pada tahun ini beliau telah bersama Sukarelawan Amal Dan Jabatan Amal Malaysia Negeri Pahang selama 3 Bulan sebagai pertugas Covid-19 dan juga tugasan Dan misi-misi lain.

Kenapa Hari ini Puan Mia bersama dengan Sukarelawan Amal Malaysia Negeri Pahang adalah kerana beliau seorang Yang sangt minat dalam melakukan kerja-kerja amal dan pesan beliau ikhlas Dalam melakukan kerja-kerja amal. Dan Yang paling penting ialah beliau disokong oleh suami dan anak-anak dan selesa melakukan kerja-kerja Amal bersama Sukarelawan Amal Malaysia Negeri Pahang Dan Jabatan Amal Malaysia Negeri Pahang.

Pada hari ini bukan sahaja beliau yang bergiat aktif didalam kerja-kerja amal malah telah menjadi ikutan pada anak-anak beliau.Malah pada hari ini anak-anak beliau jugak turut bersama menjadi ahli Sukarelawan Amal.

Keberadaan beliau bersama JAMNP telah mendapat perhatian dan ucapan tahniah daripada Ketua Pemuda PAS Malaysia melalui satu cucian di laman Facebook beliau.

Harapan beliau agar lebih ramai masyarakat Yang menyertai Sukarelawan Amal Malaysia Negeri Pahang ini tanpa mengira bangsa Dan agama. Dan beliau juga berazam akan terus bersama Sukarelawan Amal Malaysia Negeri Pahang.

Disediakan Oleh : AMAL PAHANG STUDIO