Home Berita PAS Selangor

Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor | DMPNS – Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor Kali Ke-33

1042
SHARE

Kota Raja, Selangor | 22 Ogos 2020

Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor telah mengadakan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor kali ke-33 pada pagi ini.

Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor diketuai oleh Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan selaku Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor. Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor telah berlangsung di El-Aisy Garden, Sungai Kandis, Kota Raja.

Perasmian Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor kali ke-33 telah dirasmikan oleh Tuan Hj Kamaruzaman Bin Mohammad selaku Ketua Penerangan PAS Pusat Merangkap AJK Harian PAS Pusat.

Turut hadir meraikan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor adalah YB Dato Dr Ahmad Yunus Hairi Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Prof. Madya Dr Mohd Fuad Mohd Salleh Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Negeri Selangor, Tuan Hj Mohd Diah Yang-Dipertua PAS Kawasan Kota Raja, Ustaz Hanafi Bin Zulkapli Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor, Ustaz Mohamed Sukri Omar Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor dan beberapa tetamu jemputan daripada UMNO Negeri Selangor.

Sekarang Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor kali ke-33 sedang berlangsung. Semoga Muktamar berjalan dengan lancar hingga penghujungnya.

“Selamat Bermuktamar”

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor