Home Artikel PAS Selangor

Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor | Ameerah Selangor – Salam Maal Hijrah 1442H

511
SHARE

Hijrah baginda Nabi Muhammad saw bersama para sahabat dari Mekah ke Madinah telah membuka lembaran baru dunia Islam. Sambutan maal hijrah tidak hanya untuk memperingati peristiwa bersejarah ini, adalah lebih penting lagi ibrah penghijrahan tersebut telah menyatukan umat manusia muhajirin dan ansar, manakala Islam mula tersebar ke seluruh pelusuk dunia.

Abu Qirsafah RA meriwayatkan Nabi Muhammad saw bersabda:
“Wahai manusia, berhijrahlah dan berpegang teguhlah dengan Islam. Ini adalah kerana selama jihad kekal, selama itulah hijrah (keluar di jalan Allah swt) akan berkekalan.” (HR Tabrani)

Sesungguhnya hijrah merupakan perjuangan yang memerlukan pengorbanan. Berusaha, mengukuhkan iltizam dan kembali kepada Allah adalah kunci kejayaan sebuah penghijrahan. Semoga kita menjadi hamba Allah swt yang sentiasa berusaha untuk menjadi umat yang terbaik.

Ummah Rabbani, Negara Harmoni

Nurul Husna Abd Hamid
Pemangku Pengarah
Ameerah Selangor

2 Muharam 1442H | 21 Ogos 2020

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor

#AmeerahSelangor
#AmeerahMalaysia
#MuslimatMudaPAS
#AnakMudaSokongPAS