Home Berita PAS Pahang

Nurul Ainon Mardiah dinobat Tokoh Guru PASTI Pahang 2024

102
SHARE

Oleh: KHAULAH AL AZWAR

KUANTAN, 19 Mei – Muallimah Nurul Ainon Mardiah Abdul Ghani dinobat sebagai Tokoh Guru PASTI Negeri Pahang 2024 pada sambutan Hari Guru Peringkat Sektor Pendidikan Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang (DPPNP) berlangsung di sini, semalam.

Beliau yang bertugas di PASTI Al-Mustaqim Bera merupakan Pensyarah Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Institut Latihan PASTI Malaysia (ILPM) dalam masa sama merupakan jurulatih utama Institut Latihan PASTI Malaysia Pahang.

Tokoh Guru Cemerlang PASTI Kawasan Bera 2018 itu menerima hadiah penghargaan berupa pakej mengerjakan umrah tajaan Jabatan PASTI Negeri Pahang, plak dan sijil.

Bagi Anugerah Saidatina Aisyah PASTI Negeri Pahang 2024 pula, jawatankuasa bersetuju memilih seramai empat orang penerima iaitu Noraniza Mohd Jaafar, Wan Rosmawati Wan Osman, Lita Binti Ari dan Siti Marieaziatul Akmar Mad Saat.

Bagi mengenang jasa guru yang setia dan istiqamah berkhidmat di PASTI dalam tempoh lebih dua puluh tahun, pihak jawatankuasa sebulat suara memilih Rozina Azita Kamaruddin sebagai penerima Anugerah Guru Istiqamah PASTI Negeri Pahang 2024.

Graduan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak ILPM itu bertugas di PASTI Al-Hidayah Tanjung Perang, Maran selama 26 tahun sejak 2 Januari 2018 menerima hadiah wang tunai bernilai RM1000, plak serta sijil.

Sementara itu Cik Kamalia Othman dari PASTI Al-Ikhwan, Bentong telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Inovatif PASTI Negeri Pahang 2024 dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM300, plak serta sijil.

Sambutan Hari Guru DPPNP pada tahun ini cukup istimewa apabila julung kalinya diadakan secara terbuka bertempat di ruang legar pusat beli belah Kuantan Parade, Kuantan.