Home Melaka

Nota minda Ketua DMPNM : Kuasa untuk tegak peradaban Islam

145
SHARE

Alhamdulillah, TAHNIAH!

Dengan kuasa politik yang diberi mandat oleh rakyat, gunakanlah untuk memecah sistem sekular yang memisahkan cara hidup Islam dalam ekonomi, perundangan (legislative), adminastratif (executive) serta politik.

Nilai- nilai murni peradaban Islam dalam ekonomi hancur akibat sekularisme, seperti contoh yang nyata adalah budaya rasuah.

Begitu juga bidang legislatif, dicampurtangan oleh para eksekutif ternyata keadilan tidak dapat ditegakkan.

Islam adalah satu cara hidup, bukan hanya sekitar ibadah vertikal sahaja malah terdapat ibadah sesama manusia iaitu secara horizontal.

Bertanggungjawablah dalam memikul amanah secara holistik demi mendaulatkan syariat Allah di bumi Malaysia amnya dan di bumi Melaka khususnya.

HAJAH KINTAN MAN
Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka