๐Ÿ”ด TERKINI
JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL โ€œINI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTONโ€ PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG โ€˜Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajayaโ€™ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL โ€œINI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTONโ€ PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG โ€˜Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajayaโ€™ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS
Minda Presiden

Normalisasi talian hayat Israel

IMEJ negara haram Israel semakin merosot, sehingga ia turut mempengaruhi negara-negara kuasa besar yang kuat mendukungnya. Yahudi Zionis yang bertuhankan ekonomi mencari sumber untuk dijadikan talian hayat mereka. Maka negara Islam dan negara Arab menjadi sasaran kerana kaya dengan sumber alam kurniaan Allah SWT.

Kekayaan sumber alam kurniaan Allah SWT kepada negara Islam dan negara Arab secara khusus tidak mampu diuruskan dengan baik. Sejak zaman penjajah dahulu lagi kekayaan mereka sudah dirompak, sehinggalah dikatakan mereka sudah mengecapi kemerdekaan, namun pergantungan kepada penjajah masih lagi diteruskan.

Sedangkan saudara sesama Islam dan sebangsa tidak lagi menjadi keutamaan, laksana kera disusukan, anak di riba dilemparkan. Ada negara yang lebih mementingkan pembelian kelab bola sepak, lumba kuda, kasino dan sebagainya, tanpa mempedulikan terhadap saudara seagama yang tertindas dan sedang menghadapi kebuluran. Sekiranya mereka memberikan sumbangan, ia hanyalah sekadar kosmetik laksana batuk di tangga.

Normalisasi yang dilakukan menjadi pangkalan kepada perdagangan negara haram Israel dengan dunia luar. Lebih parah lagi, apabila umat Islam yang besar jumlahnya menjadi pasaran kepada barangan negara haram Israel yang terlalu kecil.

Terdapat sebahagian daripada mereka bertindak lebih agresif, sehingga bersedia dijadikan pangkalan tentera dan menyediakan kemudahan kepada Israel serta negara sekutunya. Khususnya bagi menghadapi ancaman musuh Israel bukannya musuh umat, atau menyekat segala bantuan yang disalurkan kepada perjuangan Palestin.

Lebih malang lagi, apabila ada sebahagian negara yang meningkatkan taraf normalisasi kepada pemeteraian Perjanjian Abraham. Tindakan tersebut menunjukkan mereka sudah buta terhadap ajaran dalam al-Quran yang diwahyukan dalam bahasa mereka sendiri.

Firman Allah SWT:


๏ดฟู…ูŽุง ูƒูŽุงู†ูŽ ุฅูุจู’ุฑูŽุงู‡ููŠู…ู ูŠูŽู‡ููˆุฏููŠู‘ู‹ุง ูˆูŽู„ูŽุง ู†ูŽุตู’ุฑูŽุงู†ููŠู‘ู‹ุง ูˆูŽู„ูŽูƒูู†ู’ ูƒูŽุงู†ูŽ ุญูŽู†ููŠูู‹ุง ู…ูุณู’ู„ูู…ู‹ุง ูˆูŽู…ูŽุง ูƒูŽุงู†ูŽ ู…ูู†ูŽ ุงู„ู’ู…ูุดู’ุฑููƒููŠู†ูŽูฆูง ุฅูู†ู‘ูŽ ุฃูŽูˆู’ู„ูŽู‰ ุงู„ู†ู‘ูŽุงุณู ุจูุฅูุจู’ุฑูŽุงู‡ููŠู…ูŽ ู„ูŽู„ู‘ูŽุฐููŠู†ูŽ ุงุชู‘ูŽุจูŽุนููˆู‡ู ูˆูŽู‡ูŽุฐูŽุง ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ู ูˆูŽุงู„ู‘ูŽุฐููŠู†ูŽ ุขู…ูŽู†ููˆุง ูˆูŽุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ูˆูŽู„ููŠู‘ู ุงู„ู’ู…ูุคู’ู…ูู†ููŠู†ูŽูฆูจ๏ดพ

โ€œBukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk agama Yahudi, dan bukanlah dia seorang pemeluk agama Kristian, tetapi dia ialah seorang yang tetap atas dasar tauhid sebagai seorang Muslim (yang taat dan berserah bulat-bulat kepada Allah), dan dia pula bukanlah daripada kalangan orang-orang Musyrik. (67); Sesungguhnya orang-orang yang hampir sekali kepada Nabi Ibrahim (dan berhak mewarisi agamanya) ialah orang-orang yang mengikutinya dan juga Nabi (Muhammad) ini serta orang-orang yang beriman (umat Islam). Dan (ingatlah), Allah ialah Pelindung dan Penolong buat sekalian orang-orang yang beriman. (68).โ€ (Surah Ali โ€˜Imran: 67-68)

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 30 Syawwal 1442 / 11 Jun 2021 โ€“ HARAKAHDAILY 11/6/2021

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

๐Ÿ“ฑ ๐Ÿ“˜ ๐Ÿฆ โœˆ๏ธ